Nov 5, 2008

love bug



aku teringat satu cerita yang aku tengok lama dulu. cerita ni aku katogerikan sebagai cerita cinta terbaik yang pernah aku tengok. maka aku mula meng'google'kan diri cari pasal cerita ni.

kita mula dengan fakta yang aku baru discover:

1. direlease pada tahun 1995 - aku tengok cerita ni lebih kurang sepuluh tahun lepas tu

2. memenangi 14 awards - dalam dan luar negara. banyak tu

3. di US of A cerita ni guna title When I Close My Eyes

tiga dah la macam malas lak nak tayep

ini adalah benda-benda aku suka pasal cerita ini...
standard la diorang ada nama sama [sweet]. satu kelas selalu kena gelak sebab nama sama aka kena gosip [haha] pastu kena jaga pustaka sama-sama dan yang lelaki tu asyik pinjam buku aje. lepas tu diorang terpisah sebab budak lelaki tu kena pindah sekolah. masa tu budak perempuan tu cuti sebab ayah dia meninggal [aku lupa la ayah ke mak]. jadi budak laki ni bagi buku kat budak pompuan tu suruh pulang kan dekat sekolah. itulah last skali diorang jumpa.

lama lepas tu. budak pompuan tu dah abis sekolah pun lepas tu. dia dapat surat. tapi sebenarnya surat tu untuk budak lelaki tu daru tunangnya. masa tu sebenarnya dah dua tahun budak lelaki tu meninggal. jadi diorang pun berutusan suratan lah. si tunang ni nak tahulah camana budak laki tu dulu masa sekolah. jadi budak pompuan ni pun tolong la. disamping itu masa ni diorang discover yang muka diorang sebenarnya sama.

budak pompuan tu pun pergi balik sekolah lama diorang. kelas lama diorang. jumpa cikgu lama. dia pergi pustaka tempat diorang sama-sama bertugas dulu. masa kat sana, budak-budak kat sekolah tu ada buat satu game. berapa banyak buku yang ada nama budak perempuan tu. "he must have love you so much for him to write your name over and over again" kata mereka [ingat masa sekolah dulu kalau nak pinjam buku ada kad lepas tu kena tulis nama dekat kad tu]. budak pompuan tu macam tak percaya sebab diorang jarang masa sekolah sebab budak lelaki tu pendiam. budak-budak tu bagi buku yang last sekali budak lelaki tu pinjam [yang dia suruh budak pompuan tu hantar]. dekat belakang buku tu dia lukis gambar budak pompuan tu.

sebenarnya, keseluruhan cerita ni aku suka. bukan setakat yang aku cerita ni. cerita pasal tunang budak lelaki tu pun aku suka. dia sangat sayang dekat budak lelaki tu. walaupun dah dua tahun masih lagi sedih. tak move on. lepas dia tahu tu macam mana dia teruskan hidup dia. tentang harapan dan peluang.

ada orang komen pasal cerita ni. katanya "this is more than just a love story" memang betul sebab cerita ni bukan hanya sebuah kisah cinta.