Oct 28, 2010

Entah

Entah.
Saya tidak jumpa apa yang dikatakan rasa yang sama itu.

Entah.
Saya tidak terasa getarnya yang dinamakan tarikan itu.

Entah.
Saya tidak jumpa apa yang dinamakan kilat sabung menyabung, gendang berdentum-dentum itu.

Entah.
Entah berantah.

Oct 27, 2010

Oh, dear!

I'm living a really pathetic life.
We'll see.
We'll see.

To be or not to be............

if i go and still doing the same thing i did today
is it worth it
isn't it better if I'm not going

but i don't want to wait
i want to see things behind that close door
the uncertainties

if i stay at least life is a little stable
that's what am looking for
stability and security

I DON'T HAVE THAT SECURITY BLANKET
I SCREAM FOR FREEDOM
ARRRRGHHHH......................

Oct 25, 2010

Celaru

Bila bulan menjadi biru,
Hati mula berlagu-lagu,
Lagu cerita-cerita mereka,
Lagu tentang kita.

Mengenai rasa,
Merah, kelabu, ungu,
Lagu senggeta,
Lagu rasa.

Bila rasa kelabu,
Bila rasa keliru,
Bila rasa buntu,
Semua jadi tak menentu.

Duduk macam berdiri,
Baring macam berlari.
Semua tak menentu,
Celaru.

Kelam kabut.

Karut.

Resah.

Gelisah.

Semua tak menentu.

Ribut.

Ribut.

Ribut....

Oct 24, 2010

Belajar

Belajar dari alam
Belajar dari kawan

Belajar tentang kehidupan
Belajar tentang kemanusiaan

Belajar erti luka
Belajar erti duka

Belajar mengenal kasih
Belajar mengenal kasihan

Belajar mengenai diri
Belajar mengenai hati

Belajar untuk bergerak sendiri
Belajar untuk berlari

Belajar buat bekalan hari ini
Belajar buat sama di kongsi