Jun 20, 2010

Happy Father

Tenanglah kamu disana,
Usah digusar kami disini,
Kami adalah pejuang,
Kerana kita semua adalah pejuang.

Walau gugur beribu kali,
Kami tetap gagah berdiri.

Kerana untuk hidup,
Kita perlu berjuang,
Tidak pernah berhenti walau sekali,
Kerana hidup adalah perjuangan.

Walau gugur beribu kali,
Kami pasti akan bangun,
Berdiri gagah,
Kerana kita semua adalah pejuang.

Tenanglah kamu disana,
Usah digusar kami disini.

aku tidak into berita di tv

aku tidak into berita di tv
mungkin hanya aku
mungkin hanya aku insan yang kecewa

aku tidak into berita di tv
mungkin yang aku tunggu tidak muncul
mungkin yang aku mahu tidak di situ

aku tidak into berita di tv
mungkin kerana bukan tentang aku
mungkin hanya sandiwara bapak-bapak berbaju batik, berperut buncit, berpoket tebal

aku tidak into berita di tv
mungkin kerana aku juga seperti mereka, GILA
gila harta
gila pangkat
gila nama

aku tidak into berita di tv
kerana aku rasa tidak selamat
kerana aku rasa tiada siapa boleh aku percaya

aku tidak into berita di tv
mungkin semua diatas
mungkin bukan semua diatas

mungkin aku hanya tidak peduli
itu bukan masalah ku

mungkin aku tidak peduli
sakit derita mereka

oh, mungkin aku tidak pernah peduli
oh, mungkin semuanya bohong