Aug 30, 2010

Asap Kelabu Dari Langit Ungu 3

Mata sudah penat
Sudah mahu tidor
Aku tidak mahu.

Asap Kelabu Dari Langit Ungu 2

Suara yang tidak di kenali
Kata-kata entah siapa

Saya dengar juga
Saya baca juga

Harapnya ada kebijaksanaan
Dapat di pinjam

Harapnya ada kewarasan
Dapat dijadikan rujukan

Namun buku besar
Tidak disentuh

Sampai bila mahu menunggu
Panggilan, seruan?

Asap Kelabu Dari Langit Ungu

Mungkin sebenar.
Macam gunung,
Macam pulau,
Macam bintang.

Mungkin sementara.
Macam bah,
Macam pasang surut,
Macam purnama.

Sebenar tetap dan tegap.
Sementara tidak tetap, tidak tegap.
Tetapi ianya berulang,
menyakitkan.

Bukan kerana sakit.
Sakit kebosanan.
Ulang lagi.

Muak dan mual.
Nak muntah tidak keluar.
Akhirnya, telan juga.

Jijik, busuk, masam.