Oct 25, 2010

Celaru

Bila bulan menjadi biru,
Hati mula berlagu-lagu,
Lagu cerita-cerita mereka,
Lagu tentang kita.

Mengenai rasa,
Merah, kelabu, ungu,
Lagu senggeta,
Lagu rasa.

Bila rasa kelabu,
Bila rasa keliru,
Bila rasa buntu,
Semua jadi tak menentu.

Duduk macam berdiri,
Baring macam berlari.
Semua tak menentu,
Celaru.

Kelam kabut.

Karut.

Resah.

Gelisah.

Semua tak menentu.

Ribut.

Ribut.

Ribut....