Jun 5, 2012

Meneman Pungguk Merenung Bulan

Merenung bulan,
Kerjanya Sang Perindu.
Kerja Si Pungguk, Sang Perindu.

Malam ini pungguk tidak merindui bulan
Mungkin rindu itu telah hilang dimamah masa
Mungkin sebenarnya pungguk tidak pernah merindui bulan
Mungkin cerita pungguk merindui bulan hanya cerita rekaan semata

Pungguk sudah bosan hidup sebagai penunggu
Pungguk sudah bosan ditanyai,
'Kenapa pungguk rindukan bulan?'
Kerana pungguk tiada jawapan
Kalau ada pun pungguk tetap muak ditanya soalan sama zaman-berzaman

Malam ini pungguk tetap merenung bulan
Bukan kerana rindu
kerana kerja
merenung bulan adalah kerja pungguk.

No comments: