Jun 14, 2012

Pulang

Pulang untuk membetulkan diri,
Pulang untuk membersihkan hati.

Makhluk itu sifatnya lemah,
Bisa tumbang dengan tiupan yang paling lembut.

Bila berseorangan,
anjakan kecil terasa seperti mengalih gunung.
Berat dan cepat rebah.

Sokongan dan bantuan
Langsung dan tidak sangat membantu
Kerana makhluk itu sifatnya lemah

Untuk membetulkan diri membersihkan hati
Banyak perkara perlu di lepaskan

Pulang ke tempat di mana semuanya bermula
adalah pilihan lebih baik daripada berjuang seorang diri

Bermula semula di titik kosong
Bukan suatu perjalanan mudah
Tapi tidaklah terlalu susah

Perjalanan membetulkan diri membersihkan hati sudah bermula.
Pulang.


No comments: